Setiap orang pasti mempunyai pengalaman pahit dan manis sewaktu di bangku sekolah. Dan dibangku sekolahlah kita mula mencorakkan masa depan masing-masing.
Sekolah Menengah Teknik Tawau,Sabah merupakan sekolah dimana tempat aku menduduki SPM. Disinilah tempat aku memulakan kehidupan aku sebagai seorang pelajar asrama. Di sekolah ini jugaklah yang memberi hidayah untuk aku belajar menutup aurat dengan sempurna. Aku bersyukur Ya Allah sebab diberi peluang melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Teknik Tawau.
Aku merupakan seorang pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Kelas PKE1) Aku masih ingat semasa hari pendaftaran masuk sekolah, emak dan bapa aku yang hantar. Awal pagi lagi kami sudah bertolak disebabkan perjalanan ke Tawau dari Lahad Datu mengambil masa lebih kurang 2jam. Masa tu, aku memang seorang pelajar yang serabai memandangkan aku tidak pernah memakai tudung ke sekolah sebelum ini. Tudung memang herot berot, serabutlah tak terkata .Tiba disekolah, Alhamdulillah segala urusan pendaftaran berjalan lancar. Selesai agihan bilik asrama dan segala dokumen persekolahan telah diserahkan, emak dan bapa aku bergerak pulang ke Lahad Datu.Maka bermulah hariku sebagai seorang pelajar asrama.
Setiap permulaan persekolahan pasti ada "orientasi" yang sememangnya aku kurang suka. Disebabkan aku pelajar asrama, aku kena menjalani dua orientasi pada masa yang sama iaitu orientasi asrama dan orientai sekolah yang berlangsung selama 1 minggu. Masa tu bagi aku orientasi asrama lagi "menyeronokkan" sebab warden asrama kami tersangatlah garang. Tiap malam tak cukup tidur. Setiap masa dan kemana jua kena pakai tanda nama. Bukan tanda nama biasa2, kena buat sendiri guna kotak dan gantung dileher. Nasib malang bila terserempak dengan fasilitator yang "baik" memang kena koyak ikut suka hati dorang. Okay dipendekkan cerita pasal orientasi ni, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan tiada kecederaan fizikal tapi kecederaan emosi tu adalah sikit2.
Di asrama, aku merupakan Ajk surau dan Ajk Koperasi. Aku pun tak tahu macam mana boleh dipilih jadi Ajk surau tu. Mungkin sebab Allah nak bagi Hidayah dekat aku.Wallahualam, tapi aku tetap bersyukur. Geng baik aku dekat asrama, haa ada 4 orang Nasrah ,Erzma, Kurniaty dan Gahana. Kitorg semua berlainan kursus tapi bilik prep kitorg gabung ikut suka kitorg. Orang lain masuk bilik prep ikut kursus. Dalam asrama, kitorg tiadalah dikenali sangat, tapi buat apa2 pun mesti berlima termasuklah ponteng solat berjemaah even aku Ajk surau haha.
Okay tu pasal asrama, disekolah pulak, kelas aku PKE1 hanya ada 3 orang perempuan termasuk aku dan selebihnya 15 orang lelaki. Memang ibarat bulan dipagar bintang hihi. Budak lelaki kelas aku memang semua kaki kutuk,kaki bodek,kaki nakal,kaki buli ,kaki mengurat semualah yang berkaki haha. Sehari tak kena kutuk oleh dorang memang tak sah hidup! Tapi nakal2 dorg pun berakal jugak. Semua bijak2. Disebaban aku penolong ketua kelas , aku rapat dengan Guru Kelas aku, Cikgu Dayang. Cikgu Dayang memang well known dekat sekolah sebab keayuan dan kecantikkan wajah yang dimiliki hihi. Dan cikgu Andry Lim pulak guru yang mengajar subjek Elektrik kami. Kami memang rapat giler dengan dua orang cikgu ni. Dah macam ibu dan ayah kami dekat sekolah. Cikgu Dayang selalu belanja sarapan untuk satu kelas mana tak sayang ada cikgu macam ni hehe.
Dalam kelas, aku memang selalu tidur almaklumlah pelajar asrama. Setiap masa mengantuk. Sebab tu aku selalu kena ejek oleh budak2 lelaki kelas aku tu. Even tengah makan gula2 pun still boleh terlelap mata tu haihh memang kaki tidur.